Pages

Thursday, March 24, 2011

Pesan untuk SUAMI, Rujukan untuk ISTERI

Kadang-kadang kita sering terlupa dengan apa yang kita perkatakan. Kadangkala kita terlupa tindakan yang telah kita buat. Kadangkala kita syok sendiri dan ego dalam melayani kerenah rumah tangga terutama berkaitan teman tidur kita...isteri bukanya ' is three'...
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand #$% sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk
dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan..

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance.. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali..Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati.. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain.. M$#%&^ lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,  jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan tapi dengar dari ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati
orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.


-Berpesan-pesan sesama insan-

Thursday, March 10, 2011

LHDN menindas wanita?

RAMAI yang rasa kurang senang apabila menerima borang penilaian cukai pendapatan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ada saja yang tidak puas hati dengan kaedah pemotongan cukai mereka dan ada yang menganggap agensi itu hanya tahu mengikis duit rakyat. 

Hakikatnya, saban tahun, semua rakyat yang makan gaji atau bekerja sendiri wajib mengisytiharkan cukai pendapatan mereka sebagai tanggungjawab kepada negara. Kini musim taksiran pendapatan sudah bermula. Justeru bagi warga pekerja yang mempunyai pendapatan melebihi RM2,500 sebulan perlu mengembalikan Borang Nyata Cukai Pendapatan Individu (pendapatan selain perniagaan), selewat-lewatnya 30 April manakala mereka yang terbabit dalam aktiviti perniagaan dikembalikan sebelum 30 Jun. 

Justeru, orang ramai perlu mengisi borang cukai pendapatan termasuk boleh juga menggunakan kaedah e-filing untuk mengelakkan penalti. Bagi mereka yang gagal mengembalikan Borang Nyata Cukai Pendapatan sebelum tarikh berkenaan, bakal berhadapan dengan tindakan serius iaitu boleh dikenakan denda antara RM200 hingga RM2,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya. 

Apa juga alasannya tidak kira lelaki atau wanita sesibuk mana juga urusan seharian mereka, tanggungjawab sebagai pembayar cukai perlu ditunaikan. Menyentuh mengenai pembayar cukai wanita, sejauh mana kepatuhan mereka terhadap tanggungjawab itu terutama kini dengan peningkatan jumlah penyertaan golongan hawa dalam pasaran pekerja, sudah pasti mereka juga tidak terlepas menjadi sasaran. 

Ketika ini, kira-kira 40 peratus daripada 1.5 juta pembayar cukai individu adalah wanita. Tidak kira wanita berkahwin, bujang atau ibu tunggal, cukai pendapatan perlu dilunaskan. Persoalannya, adakah penilaian taksiran bayaran cukai itu adil, tiada diskriminasi dan tidak menindas wanita. 

Semua rakyat, tidak kira lelaki atau wanita, tanggungjawab membayar cukai adalah sama dan tiada perbezaan dari segi gender. Dulu, kaedah penilaian itu mungkin dilihat wujud ketidakseimbangan dari segi penilaiannya terutama kepada wanita yang sudah berkahwin apabila rekod pendapatan mereka disatukan bersama suami. 

Sebelum Tahun Taksiran 2004, jelasnya, Borang Nyata Cukai Pendapatan dikeluarkan atas nama suami dan isteri dikehendaki mengisi pendapatan di ruangan yang disediakan pada borang berkenaan. 

Jika suami atau isteri ingin memilih Taksiran Bersama, mereka boleh membuat pilihan di ruang yang disediakan, memilih Taksiran Bersama sama ada atas nama suami atau atas nama isteri. Jika suami atau isteri tidak membuat pilihan, maka akan dianggap sebagai Taksiran Berasingan. 

Bagaimanapun, apabila Sistem Taksir Sendiri diperkenalkan kepada pembayar cukai individu mulai Tahun Taksiran 2004, suami dan isteri menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan atas nama masing-masing. 

Suami dan isteri dikehendaki mengisi borang masing-masing dan taksiran dilakukan secara berasingan. Namun begitu, suami atau isteri masih boleh memilih Taksiran Bersama dengan memaklumkannya dalam ruangan tertentu di borang masing-masing. 

“Dengan adanya fail sendiri di kalangan isteri, mereka melakukan taksiran sendiri. Ini sekali gus meringankan beban masing-masing. Tanggungjawab suami dan isteri terhadap pendidikan anak atau lain-lain berkaitan keluarga yang mendapat pengecualian cukai boleh dibahagi dua. 

“Bagi memastikan sama ada Taksiran Bersama atau Taksiran Berasingan, mana satu lebih menguntungkan, suami dan isteri perlu membuat perbandingan terlebih dulu sebelum membuat pilihan jenis taksiran. 

“Masing-masing boleh memilih mana potongan cukai secara berasingan. Contohnya bagi insurans perubatan dan pendidikan anak, jika isteri sudah menuntut pengecualian cukai, maka suami tidak perlu,” katanya yang turut mengingatkan semua pembayar cukai supaya menunaikan tanggungjawab menghantar borang itu secepat mungkin dan tidak menunggu saat akhir bagi mengelakkan kesesakan di kaunter. 

Berdasarkan pemerhatian, memperlihatkan wanita lebih bagus menjalankan tanggungjawab itu. Mungkin ia boleh dikaitkan dengan sifat kewanitaan yang menyebabkan golongan itu lebih patuh. LHDN mensasarkan kutipan hasil pendapatan lebih tinggi tahun ini iaitu sebanyak RM91 bilion berbanding RM86 tahun lalu. 

INFO: 

WANITA berkahwin boleh memilih membuat taksiran cukai secara bersama suami atau secara berasingan. Bagaimanapun, isteri digalakkan memilih taksiran berasingan. Ini kerana taksiran cukai secara berasingan, isteri mempunyai tanggungan dan hak yang sama seperti suami, dari segi tuntutan potongan, rebat cukai dan pengenaan cukai. 

Tuntutan yang layak dibuat isteri: 

1. Potongan untuk diri sendiri RM9,000. Jika individu itu kurang upaya, potongan tambahan dibenarkan sebanyak RM6,000 sejak 2006. 

2. Potongan bagi yuran pendidikan untuk diri sendiri bagi mendapat kemahiran atau kelayakan dalam bidang teknikal, vokasional, industri, sains atau teknologi, termasuk teknologi maklumat dan komunikasi di institusi yang diiktiraf kerajaan. Bagi peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (sebarang bidang atau kursus pengajian), potongan yang dibenarkan adalah sehingga maksimum RM5,000 dan tuntutan perlu disokong dengan resit asal. 

3. Potongan perbelanjaan rawatan perubatan ibu bapa sehingga maksimum RM5,000 dan tuntutan disokong dengan resit asal. 

4. Potongan perbelanjaan pembelian alat sokongan asas untuk diri sendiri, suami, anak atau ibu bapa yang cacat atau hilang upaya sehingga maksimum RM5,000. 

5. Potongan perbelanjaan rawatan penyakit serius untuk diri sendiri, suami atau anak sehingga maksimum RM5,000. Isteri juga boleh menuntut potongan perbelanjaan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh yang dihadkan, maksimum RM500. Jumlah tuntutan belanja pemeriksaan kesihatan ini termasuk sebahagian daripada had potongan maksimum untuk belanja rawatan penyakit serius RM5,000. 

6. Potongan RM6,000 bagi: 
a) Caruman kepada kumpulan wang simpanan atau kumpulan wang pencen yang diluluskan, seperti Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP). 
b) Bayaran premium atas polisi insurans nyawa yang diambil atas nama diri sendiri, suami atau kedua-duanya. 

7. Potongan bayaran premium insurans untuk pendidikan atau manfaat perubatan yang dihadkan tuntutan kepada maksimum RM3,000. Polisi insurans pendidikan atau manfaat perubatan adalah untuk diri sendiri, suami dan anak. 

8. Potongan bagi perbelanjaan membeli buku, jurnal, majalah dengan had maksimum RM1,000. 

9. Potongan atas faedah yang dibelanjakan untuk faedah pinjaman perumahan. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi tahun taksiran berturut-turut, bermula dari tarikh faedah mula dibayar. 
Syarat kelayakan adalah seperti berikut: 
a) Pemastautin warga negara Malaysia. 
b) Pembelian rumah kediaman terhad pada satu unit saja. 
c) Perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan 
d) Rumah kediaman tidak boleh disewakan. 

10. Isteri boleh memilih menuntut keseluruhan atau sebahagian potongan untuk anak. 

11. Isteri boleh membuat tuntutan potongan bagi bayaran premium anuiti yang dibeli melalui skim anuiti, yang disahkan oleh KWSP yang dihadkan kepada maksimum RM1,000. 

12. Tuntutan rebat cukai sebanyak RM400 jika pendapatan bercukai tidak melebihi RM35,000. 

13. Isteri layak menuntut rebat cukai atas bayaran zakat dan fitrah terhad kepada jumlah cukai dikenakan. 

Jika seorang wanita itu bercerai dengan suaminya: 

a) Status beliau akan kembali sebagai individu sebelum berkahwin. Fail cukai pendapatan sebelum dia berkahwin akan dibuka semula jika fail itu wujud sebelum perkahwinan. Jika tiada nombor rujukan lagi, wanita terbabit akan didaftarkan nombor rujukan yang baru. 

b) Selepas mempunyai nombor fail pendapatan sendiri, dia akan mengisytiharkan pendapatannya sendiri (termasuk bayaran nafkah daripada bekas suami, jika ada) dan dikenakan cukai secara berasingan. 

c) Jika bekas suami sama-sama menanggung perbelanjaan sara hidup dan pendidikan anak, masing-masing layak diberi potongan anak pada kadar 50 peratus daripada pelepasan anak yang layak dengan syarat mereka menyara anak itu dalam tahun asas tahun taksiran berkenaan. 

...dari Sumber