Pages

Thursday, October 28, 2010

Kompang

Semasa zaman kanak-kanak dan remaja, tidak melepaskan peluang untuk belajar irama kompang. Alat tradisi turun temurun dan bila ianya didendangkan, tentu sahaja ada tanda keriangan sedang berlansung saperti Majlis Perkhwinan atau Majlis Rasmi yang lain. Bertambah ceria lagi, bagi mereka yang mengakhiri zaman bujang akan di serikan dengan kompang dan persandingan bila sampai waktunya. Juga tak terkecuali ana juga pernah melalui zaman itu.

Apapun, ana sempat melihat sendiri bagaimana kompang itu dihasilkan . Untuk membeli beberapa kompang bagi kegunaan murid-murid sekolah isteri anaTeacher LindaCoop, ana telah ke Parit Jawa, Muar ke kilang membuat kompang. Selain dapat membeli kompang pada harga tanpa orang tengah, alhamdulillah dapat juga ana ilmu bagaimana kompang dihasilkan.

Kayu Durian atau Leban dipotong kecil sebelum dilarik
Kulit kambing yang telah dikeringkan...
sebelum dilarik...


Kayu yang telah diraik dikenali sebagai 'baloh'...
Proses memasang kulit kambing dan diregangkan..

kompang yang telah siap untuk dijual..
ramai suka yang ini...anda bagaimana ?


Wednesday, October 13, 2010

Apa ada di Siam

Hajat untuk ke Chiangmai dan Chiangrai akhirnya tercapai jua. Alhamdulillah bersama isteri ana dan rakan-rakan lain disambut meriah oleh agen pelancongan di Chiangmai International Airport. Program 4H3M dari 8 hingga 11 Okt lepas amatlah berbaloi dirasakan, manakan tidak, dari pagi hingga ke malam ada sahaja tempat yang dikunjungi. Lebih malam lagi , ramai yang tertidur di tilam berbunga milik pengusaha rumah 'picit'.  

Kadang-kadang kita selalu terlupa dengan apa yang ada di negara orang kerana kononnya negara sendiri ada segalanya. Apa yang ana perhatikan bandar yang ana kunjungi ini cukup aman, tiada polis mengawal lalulintas atau kereta peronda dilihat. Tiada cukai jalan dikenakan untuk kenderaan dan tiada bayaran parking dikenakan. Seronok betul !. Seperkara lagi, setiap warga adalah produktif, kerana usia yang meningkat tidak menghalang mereka melaksanakan kerja-kerja ringan yang berbayar. Apapun trip 4H3M amatlah menyeronokan dan ana ucapkan terima kasih pada Cik Lela kerana sudi mengundang kami bersama kumpulannya. Jangan lupa undang kami lagi untuk destinasi seterusnya...

Semasa sampai di Chiangmai..
Kami terus dibawa ke temple terbesar di chiangmai... memang cantik, tapi tak larat nak masuk ke dalamnya..isteri ana Teacher LindaCoop bersama Cik Rina..

Tak serupa dan tak sama...sawadikappp...

Habuk masuk mata ke Kak ?
Kalau lah pintu tu emas...
Jurufoto yang di fotokan...


Gerai cenderahati di Taman Okid...
Selain bunga di belakang, depannya juga bunga yang boleh disunting...
kecuali yang duduk kanan sekali...

Ke Pusat Pemuliharaan Gajah tak kurang seronoknya. Ada yang tidak melepaskan peluang untuk menaikki gajah dan melihat pesembahan gajah...

Suka dapat naik Gajah !!!
Macam takut jer....

Royal Park nie penuh dengan bunga dan pelbagai arca. Terdapat juga model rumah sumbangan kerajaan luar termasuk negara kita. Kalau nak jalan kaki, setengah hari pun belum tentu habis. nasib dapat naik tram....
Pegang kuat-kuat..

Entah apa-apa lah....

Dalam perjalan menuju Chiangrai yang memakan masa hampir 5 jam perjalanan,
kami singgah di kolam air panas..

Sedang belajar mengeja Bahasa Thai..

Salah satu lagi tarikan yang terdapat dalam perjalanan ke Chiangrai ialah White Temple..
memang hebat binaannya....

Rombongan kami sempat singgah di kampung traditional keturunan Burma yang selalu ditonton dalam TV...kali ini dapat lihat dengan mata sendiri keadaan mereka...kalau buka besi kat leher tu, agaknya boleh tak leher tu kekal tegak ?

Leher saper lebih panjang...

Saat yang tak akan dilupakan ialah apabila kami sampai ke Golden Triangle yang satu ketika dulu terkenal dengan tanaman poppy, sempadan 3 negara, Thailand, Laos dan Mynmar. Menaiki bot ke titik pertemuan 3 sungai hingga ke kawasan Mynmar. Kami juga sempat menjejakkan kaki ke negara Laos untuk sedikit shopping tetapi bergegas balik ke Thailand kerana masa tidak mengizinkan...
Dalam bot dan dibelakang tu adalah Laos...
Sungai Mekong , sungai terpanjang di Asia Tenggara...
patung dibelakang tu sering ditemui di mana-mana sahaja....

Saat yang ditunggu... nak balik...sukanya dia !!!

Antara pemandangan untuk santai mata........
Dilarang merokok..
Kenapalah jadi begitu teruk...
Jarang dilihat ditempat kita...
Lebih elok kalau dibandingkan dengan beca kayuh ditempat kita...
Di tiang letrik pun ada meter letrik...