Pages

Monday, August 23, 2010

Puasa itu Berkat

Alhamdulillah sama-sama kita telah menjalani ibadah puasa dengan penuh sabar dan takwa. Sudah 12 hari kita berpuasa , mudah-mudahan kita akan mendapat keberkatan darinya. Biasalah saperti biasa ana kurang menulis bila sampai bulan puasa, maklumlah ada sedikit kekangan yang jadi kebiasaannya bila sampai Ramadhan. Saperti yang diamalkan oleh Arwah ibu tercinta, ana cuba lakukan apa sahaja contoh yang baik yang telah ditunjukkan semasa hidupnya dan pelbagai lagi yang dilakukan setibanya Bulan Ramadhan.

Dua hari lepas kami mendapat jemputan ke Majlis berbuka puasa anjuran ANGKASA Negeri Melaka dan ana berkesempatan hadir. Agak teruja juga bila berbuka bersama ahli kariah Masjid An-Nur, di Jasin Melaka dan bersurai selepas solat Tarawih. Kesempatan diambil untuk menjengok dan menikmati Nescafe tarik di Restoran Rakan sekerja ana di Pekan Jasin.

Apapun separuh perjalanan telah pun hampir tamat dan kita buatlah terbaik sepanjang Ramadhan ini , mudah-mudahan kehidupan kita akan berolah keberkatan dan keuntungan selamanya...wallahwa'lam


Pemandangan bumbung masjid kampung Hulu (Masjid tertua di Melaka) sedang dicat semula...

Pasar Ramadhan di Taman Utama, Segamat berhampiran dengan opis ...meriah tu!!





Teacher LindaCoop bersama Amar Seri Tanjung di Gerai makan Sdr Zuraihi di Jasin...
Raya lambat lagi tapi Aqmal Utem dah mula pegang ayam...cuba-cuba belajar sembelih pulak !

Monday, August 9, 2010

Mesyuarat ala Pasar Borong

Empat hari sebelum puasa bermula, sempat juga ana hadir ke Persidangan Perwakilan Khas ANGKASA bertempat di Penang International Sport Arena (PISA) Pulau Mutiara. Persidangan yang berlansung 1/2 hari mungkin boleh lajak kepada tengahmalam kalau dibiarkan tanpa kawalan. Ana pernahlah dengar cerita-cerita dari persidangan sebelum ini dari isteri ana, tapi gambarannya taklah sampai begitu sekali. Pada ana senang saja, kalau ada satu pihak yang berkepentingan akan mempertahankan idea masing-masing dan berhadapan disatu pihak yang terasa saperti diperbodohkan, akan terjadilah suasana tidak seimbang dan tiada titik penyelesaian. Kadang-kadang ana rasa suasana di Pasar Borong lebih aman dan tenteram...Bila seorang manusia tidak dapat menguasai hawa nafsunya, akhirnya nafsu itu akan merendahkan dirinya walaupun pada mulanya dia seorang yang terhormat ( dari  Abul Islami), wallahwa'lam


Tandanama Perwakilan, PISA dan Teacher LindaCoop dengan rakan dari Terengganu, Cikgu Rosmani...lama tak jumpa !



Sempat juga ke Pusat bandar...

Dalam perjalan pulang sempat membeli belah hasil Kurma...asyik duk dengar dalm iklan sahaja ..

Iklan santai...sekadar paparan untuk mereka yang berminat !





Monday, August 2, 2010

Menjelang Ramadhan

Alhamdulillah, dah hampir setahun terbinanya blogini, dah hampir 2 tahun ana berhijrah sementara di Segamat dan seminggu lagi adalah Ramadhan yang ke 3 kali ana di Segamat dan macam-macam lagi ... Arwah ibu dulu selalu ingatkan supaya berbuat kebajikan dibulan Ramadhan dan akan adakan kenduri tahlil sebelum Ramadhan serta bersedekah semasa Ramadhan.... tak kurang juga, penerapan budaya kebersihan sempena menyambut Ramadhan..

Sabtu lepas ana ambil kesempatan, bawa anak dan isteri ke Segamat untuk bantu bersihkan rumah tumpangan sementara ana .....setelah hampir separuh hari, barulah rumah tempat tinggal ana tu kelihatan sempurna untuk didiami..maklumlah, seminggu mungkin 2 atau maksima 3 mlm ana beradu disana , yang lainnya dimana lagi kalau tidak di Melaka . Apapun terima kasih kepada isteri dan anak-anak ana yang sedia membantu dan diakhiri dengan upah Makan Nasi Ayam Gemas di Taman Yayasan..moga usaha ini akan berterusan..

Jarak yang jauh mengambil masa lama untuk sampai...nasiblah Along UTEM sedia jadi pilot..apapun jalan Segamat-Tangkak tidak mesra pengguna kerana terlalu banyak selekoh dan jalannya amatlah sempit ..tak tahulah sampai bila keadaannya akan berubah...gambar puncak Gunung Ladang diliputi awan..



Antara pemandangan bandar Segamat....




Inilah rumah sewa tempat tinggal ana seorang diri...malam takut juga !!!