Pages

Wednesday, July 21, 2010

Sakit Tidak Mengenal Usia


Minggu lepas, satu lagi ujian untuk ana dan isteri ..Amar menjalani pembedahan tonsilnya yang telah sekian lama tidak diendahkan. Alahamdulillah, semua berjalan lancar dan tak ada komplikasi sepanjang pembedahan berjalan. Selama 2m 3h berada dihospital, Amar lega dengan apa yang laluinya dan kini selesa makan dan minum tanpa tonsil..moga Amar cepat sembuh untuk mengikuti persekolahannya saperti biasa. Apapun ana bersyukur kerana semuanya selamat dan semua yang berlaku ada hikmahnya, hanya mahluk saja sering mempertikaikan atas sebarang perkara yang menimpa dirinya...

Moga semua ini akan menjadi pedoman dan pengajaran kita semua. Kadang-kadang ujian itu terlalu kecil tetapi menjadi terlalu susah bagi kita. Kadng-kadang yang berlaku itu terlalu berat bagi yang melihat tetapi ringan bagi kita. Berdoa, berusaha dan tawakkal itu sebaik-baik perserahan...wallahwa'lam

Persediaan sebelum pembedahan..macam takut jer !!!



Sebelum masuk kebilik bedah...berdebar -debar tu !
Pada selasa lepas 20 Julai, ana sempat ke majlis perpisahan Boss Negeri Johor tempat ana cari makan..dalam majlis tu yang berprestasi cemerlang turut terima sijil..antaranya Sdr Mahyudin ...syabas!

Tuesday, July 6, 2010

Demam Bola WC

Alhamdulillah, diberikan usia dan waktu ketemu lagi dalam blog merapu ni setelah beberapa hari sibuk dengan aktiviti dan cerita WC (World Cup) yang tak habis-habis. Walaupun ana tak pandai main bola, tapi minat telah sekian lama, sejak dibangku sekolah hinggalah sekarang. Satu ketika dulu di zaman Soh Chin An menjadi Kapten Melaka, seawal jam 4.30 ptg ana dan rakan dah santai kat Stadium Kubu bila ada perlawanan dan tragedi yang tak dapat ana lupakan adalah pabila bumbung Balai Raya yang hampir dengan sttadium runtuh akibat terlalu ramai di atasnya untuk menonton percuma.    Masa WC berlansung selama sebulan ni, ana pun tak lepaskan peluang menonton, tapi taklah kegilaan sangat, sampai nak bangun tengahmalam, bercengkang mata. Bila bangun pagi mengantuk tak tentunpasal, lepastu bila berkerja tak cukup tumpuan. Percayalah, habis saja WC, tak kemana pun, balik asal. Pada ana, ianya hiburan semata-mata...lagipun Pasukan pilihan ana dah terkulai dipertengahan jalan.

Apapun, kita jangan sampai terleka dek hiburan dunia saja, sibuk dengan aktiviti dunia yang tak henti-hendi serta mengejar sesuatu yang tak sehingga manapun didunia ini. Sebuag hadith menyebut, barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai cita-cita yang terutama dalam hidupnya, maka Allah akan memberikan 4 perkara;

Satu, Kesusahan hati yang tidak putus-putus selamanya
Dua, Kesibukan yang tidak akan selesai selamanya
Ketiga, 'Kemiskinan' yang tidak berkesudahan dan
Keempat, Angan-angan yang berpanjangan.............Wallalwa'lam

Walaupun agak ketat aktiviti mingguan, ana sempat ke Sambutan HKS sekolah isteri ana Teacher LindaCoop...banyak gerai jualan dibuka dan katanya ramai yang mengaut untung besar.....

Gerai Jualan Kelas Amar Sri Tanjng dan rakan-rakan....berjualan ker atau mengadap komputer !!



Cikgu Emi pun turut berjualan...tentu ramai yang berbelanja kat gerai tu!

Hari mingggunya, ana dan ke Wangsa Maju untuk satu majlis kahwin anak sepupu ana...lihatlah majlisnya ...boleh tahan juga, ala Inggeris .....