Pages

Thursday, June 24, 2010

Semangat Hang Jebat

Dah hampir 2 minggu tak bersua . Sessi persekolahan pun dah bermula. Tak banyak yang dapat dibuat sepanjang cuti sekolah. Banyak juga jemputan kahwin tak tertunai dan bermacam lagi tinggal begitu saja. Apa yang boleh dikatakan, hargailah masa yang lapang sebelum datang waktu sibuk. Ana juga sempat ke Majlis Penutupan SUKMA ke 13 Melaka 2010, penuh gilang gemilang dan orang Melaka pastinya berbangga dengan penganjuran sukan tersebut..Sebelum Magrib lagi, ana dan family dah berada dalam Stadium Hang Jebat. Panas dan peluh menyimbah tak pun melemahkan semangat kami...itulah Semangat Hang Jebat...ana sempat menunaikan fardu Magrib disurau stadium, luas dan berkarpet biru...tapi malangnya tak berkipas lansung ...apa lagi berpeluh satu badan...Apapun ana puas dengan persembahan penutup dan moga SUKMA akan ke Melaka lagi...

Antara pemandangan dalam Stadium Hang Jebat yang dapat dirakamkam...
.....bertemu Pasukan Petanq lelaki Melaka yang kesemuanya bekas murid SMK Seri Tanjung.....

....semasa ke pameran Read Malaysia di The Mines Kuala Lumpur pada minggu pertama Cuti sekolah...

...sebelum ke Stadium Hang Jebat, sempat ke jemputan kahwin di Masjid Tanah, rakan guru Teacher LindaCoop...Selamat berumahTangga buat Cikgu Md Zin....

Wednesday, June 9, 2010

Musim Buah Datang Lagi !

Ilmu tak setinggi mana, apatah lagi harta benda pencarian semasa hidup...alhamdulillah ada juga peninggalan tanah sekangkang kera oleh emak ayah yang tak kurang juga susahnya semasa hidup. Mingggu lepas ana dan keluarga sempat menjenguk kebun di Parit Pendekar, Merlimau, Melaka, walaupun tak bermalam disana kami sempat meninjau keadaan pokok buah-buahan yang di jaga oleh Sdr Jamil, saudara ana di kampong. Alhamdulillah, walaupun tak begitu menjadi , tapi cukuplah untuk menjamah dan yang lainnya adalah habuan tupai, kera, keluang dan babi hutan....

Durian,duku, rambutan dan mata kucing dah mula menampakkan hasil...





Sambil santai AqmalUTEM, Amar Sri Tanjong dan AslamTES sempat menyediakan kami makan tengahari....lengkap dengan BBQ ayam, ikan bakar, sambal belacan dan ulam...bestnyer...tq kepada semua...






Friday, June 4, 2010

Khazanah Alam (Part 2)

Kadang-kadang tak semua yang kita inginkan akan dapat dinikmati dan bukan semua yang orang lain harapkan dari kita, dapat kita penuhi. Yang lebih penting kita haruslah sentiasa redha atas semua perkara selepas berusaha dan bersyukur akan segala bentuk nikmat yang telah kita nikmati di bumi Allah ni.
.
Mungkin lama dah blog ini tidak dijengok dan pada minggu lepas sekali lagi ana , isteri ana Teacher LindaCoop serta Aqmal UTEM menuju ke Jerantut atas sedikit urusan perniagaan Koperasi Sekolah yang masih belum selesai. Melalui jalan yang berbelok-belok membuatkan kami tak senang diam dalam kereta. nasiblah ada pemandu gantian..apapun jalan yang ana lalui adalah lebih baik dari jalanraya yang menghubungkan Segamat - Tangkak yang tak berubah-ubah dan memedihkan hati serta pandangan sejak bertahun-tahun dulu..

Mengambil peluang ke Jerantut, kami sempat juga sekali lagi ke Taman Negara...masih banyak lagi yang belum dijejaki.. 

Trek yang lembab dan licin menyukarkan perjalanan, tapi yang seronoknya kami tersempak dengan sebuah keluarga yang sedang asyik santap dipertengahan laluan...berselera nampak !!




Selesai laluan hutan kami menyusuri sungai untuk ke air terjun dan Pusat Pemuliharaan Ikan Kelah...laluannya menyiksakan,penuh batu dan jeram.. apa nak buat.. harung juga..