Pages

Wednesday, May 19, 2010

Sentuhan dari Tasik Pesona

Ramai yang tak sedar ada beberapa resort atau chalet sepanjang tebing tasik buatan milik Syarikat Air Melaka (SAM) dan salah satu yang sempat ana kunjungi bersma isteri ana dan beberapa rakan lain ialah Tasik Pesona Resort milik saudara rakan ana, Cikgu Haizarulsham yang juga bertanggungjwab dalam memasarkan tapak latihan motivasi ini. Terletak kira-kira 5 km dari Pekan Durian Tunggal dan sunyi dari kesibukkan kota. Terdapat beberapa kategori chalet bermula dari khemah muatan 4 orang hinggalah chalet dan rumah yang digelar Rumah VIP. Dengan peralatan memasak serta gas memasak dibekalkan secara percuma, peti sejuk juga disediakan. Yang perlu, hanya bawa makanan mentah ... dengan kadar sewa dari RM 20 hingga RM 60 semalam, Tasik Pesona menjanjikan kedinginan malam dan ketenteraman fikiran jauh dari keriuhan kota...jika ada yang berminat, jangan lupa untuk tempahan awal......Tasik Pesona, Mempersonanakan....









Sebelum sampai ke Tasik Pesona, sempat singgah di warung pisang goreng di Pekan Durian Tunggal dan sempat merakamkan motosikal antik milik Pak Cik dari Kg Gangsa yang biasa jumpa di Kedai Masak Asam Bus Station lama (dah dirobohkan !!!) di Bandar Melaka





Sunday, May 16, 2010

Jasa Guru Sepanjang Hayat

Tak ramai yang sedar kita terdidik selain dari tunjukajar ibu bapa, guru juga ada peranannya. Kadang-kadang kita lupa akan jasa dan kesungguhan guru untuk menjadikan kita insan berguna untuk ugama, bangsa dan negara tercinta. Tidaklah kita saperti sekarang ini tanpa didikan sempurna . Apapun kerjaya guru penuh harmoni dan harus disanjung. Moga guru-guru sediada termasuk isteri ana teacher LindaCoop akan ceria dalam kerjayanya. Curahkanlah sumbang bakti kalian demi mendidik anak bangsa tanpa rasa jemu dan putus asa. Ana mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada rakan-rakan sekolah rendah dan menengah yang kini  bergelar guru, rakan-rakan guru di SMK Seri Tanjong Melaka dan seluruh guru-guru yang ana kenali di mana sahaja berada. .........

Thursday, May 13, 2010

Ibu Bapa, Guru dan PIBG ....

Sabtu lepas baru saja selesai Mesyuarat Agong PIBG kali ke 36 tempat ana jadi YDP. Kali ini JK ana telah jemput YB Datuk Ir Hj Idris , MP Kaw Tangga Batu yang juga pernah pegang jawatan Tim Menteri Pengajian Tinggi untuk rasmikan Perasmian Penutup . Saperti dijangka, PIBG dapat sumbangan agak lumayan  juga setelah selesai perasmian. Terima kasih Datuk....
.
Sepanjang mesyuarat ramai yang ambil bahagian untuk bercakap. Fahamlah ana, rupa-rupanya masih ramai yang tak berapa nak tahu peranan masing-masing. Tiga golongan iaitu ibubapa, guru dan PIBG masih berselisih pandangan dan idea hingga menjadikan mesyuarat sebagai gelanggang mencari kesalahan bukannya perbincangan membina untuk kemajuan anak-anak demi masa depan mereka. Sepatutnya perbincangan perlulah berkisar tentang perancangan dan memikirkan apa yang patut dibuat bagi memastikan tatacara persekolahan dan pendidikan yang diberikan selari dengan kehendak ibubapa, guru-guru dan hasrat PIBG. Apapun mesyuarat berjalan lancar walaupun pada pendapat ana sebagai YDP masing-masing yang hadir setakat memenuhi kehendak dan rutin tahunan sahaja..Moga satu hari nanti ketiga-tiga komponan ini akan bertindak saperti sebuah keluaraga yang terbuka dan tidak terbuku dihati...insyallah


Cenderahati untuk YB,,,terima kasih daun keladi !!


Thursday, May 6, 2010

Khazanah Alam Semulajadi

Dah lama teringin sangat nak ke Taman Negara Pahang , tapi tak berkesempatan dan kesampaian. Ada saja keadaan yang tak mengizinkan, apatah lagi rakan-rakan rapat kurang berminat kesana. Kini usia dah hampir menjangkau setengah abad barulah dapat kesana. Namun keadaannya tentu dah banyak berubah berbanding 20 atau 30 tahun dulu. Dengan mengikuti rombongan KOPSERTA dari SMK Seri Tanjung yang dikepalai oleh isteri ana Teacher LindaCoop, selaku Guru samaran akhirnya kami sampai ke SMK Temin, Jerantut seterusnya mengiikuti aktiviti yang dijadualkan. Apapun kami seronok walaupun tempoh 30 April - 2 Mei terlalu singkat dengan perjalanan yang jauh dan tidur di asrama sekolah !!!
Di Pusat Pemuliharaan Gajah, Lancang, Pahang ...... dapat jugak bergambar dengan haiwan darat terbesar ni....Lepas tengok gajah, kami ke kawasan penternakan ikan Patin dalam sangkar, ada yang dah tak sabar-sabar nak makan ikan Patin tu...

Paling seronok di Taman Negara ialah merentasi Canopy Walk dan Rapid Shooting (memudik sungai dengan menaiki perahu panjang)....dari kering hingga kebasah kuyup bermain air sepanjang mudik...





 

Biasalah bila dengan pelajar sekolah, ada program rasmi..ada sessi suaikenal, ada persembahan dan ada makan malam...yang paling best , makan tengahari sebelum balik, kami dihidangkan dengan Ikan Patin masak gulai tempoyak...boleh tahan jugak rasanya !!


Masa jalan-jalan tu, dapat dirakam beberapa foto santai untuk tatapan pembaca........semuanya di Bandar Jerantut dan sekitarnya....