Pages

Wednesday, February 17, 2010

Panggilan Pulau....

Alhamdulillah, dipanjangkan usia dapat bersua temu kita lagi selelepas rakan-rakan tionghua kita baru saja lepas menyambut tahun barunya. Keselesaan kita lebih terasa pabila tempoh cuti yang agak lumayan. Bagi yang menyambung cuti tanpa sebab, mungkin ada lebih banyak masa untuk melahu, tapi yang ada kerja tertentu, mungkin ianya akan beres.
.
Kesempatan ini juga begitu bermakna bagi ana. Akibat isteri ana Teacher LindaCoop yang gemar sangat membaca majalah Libur menyebabkan ana kalut mengatur acara untuk percutian pendek yang tak dirancang lansung. Kali ini arahtujunya ialah Terengganu. Untuk membelibelah di sana, rasanya di Melaka lebih berbaloi... Jadi kali ini kami berubah angin untuk ke Pulau Kapas. Mungkin ramai rakan yang dah kesana, tapi itulah saja mampujalan ana dalam masa yang singkat ini. Persediaan yang suntuk menjadikan agak sukar mendapatkan tempat tinggal. Nasiblah ada bantuan rakan sekerja ana, Sdr Aziz Jaafar (tak ada kena mengena dengan pelokon era 60han tu !) untuk tempahan bilik dan sebagainya membolehkan ana kesana. Sdr Aziz ni adalah rakan ana semasa sama-sama menjadi wakil Kesatuan Sekerja tempat cari makan. Kini jawatan ana telahpun bertukar tangan, namun semangat kekeluargaan yang ditunjukkan amatlah tinggi dan ana sungguh menghargainya. Tambahan pula pada pagi sebelum ana berangkat ke pulau, kami telah ke rumah Sdr. Aziz untuk santapan pagi. Manakan tidak, kami telah dijamu dengan Nasi Dagang yang sungguh enak dan terdapat juga Spegetti... Mudah-mudahan keikhlasan akan memberkati hidup Sdr Aziz dan keluarga..
.
Perjalanan kami ke pulau sungguh teruja kerana angin pagi yang agak kuat membuatkan kami semua mengenakan jaket keselamatan. Namun kecerian mula terasa pabila kami kampir ke Pulau Kapas yang sering disebut-sebut oleh rakan sebelum ini. Dengan masa singkat, kami telah diaturkan untuk ke Taman Laut bagi aktiviti snorkelling. Sekali lagi, kami merasai kelainannya apabila bot dilabuhkan jauh dari pantai dengan air laut yang agak dalam. Mungkin ini pengalaman pertama kami dan begitu berbeza dengan apa yang kami alami di Pulau Manukan atau Pulau Sapi di Sabah. Belum pun ke Pulau Redang atau Pulau Perhentian, tentunya lebih baik dari apa yang kami alami...
.
Apapun khazanah alam masih terjaga dan amat mengasyikkan. Semua kejadian menggambarkan keagungan Yang Menjadikan. Kalau ikut kata ilmuan, melihat dan menghayati lautan luas memberikan kebaikkan apatah lagi menghayati siapakah yang menjadikannya. Hukamah pernak menyatakan, Iman itu ibarat air laut, yang kadangkala pasang dan kadangkala surut. Oleh kerana itu berusahalah kita supaya iman terus bertambah,,,bertambah dan terus bertambah...insyallah.
.
Dalam perjalanan pulang, kami sempat bertemu dengan rakan semasa mengajar di Melaka, Uztaz Zainudin dan isterinya, Cikgu Asmah. Walaupun bukan sebagai kunjungan balas, kedatangan kami ke rumahnya, Kg Bukit Payung saperti telah diatur dengan 'brunch' Nasi Kerabu, Nasi Dagang dan sebagainya. Terima kasih Uztaz..Kami juga sempat berhenti sebentar di Dungun untuk menyaksikan Perandingan Petanq yang diwakili oleh SMK Seri Tanjong , sekolah isteri ana.
.
Santai 3H 2M di KT selesai dengan dugaan saperti di lain-lain kotaraya...kesesakan lalulintas...namun bukan itu saja, kedai makan pun sesak sama...syabas Terengganu !
Di rumah Sdr Aziz.....








Pemandangan di rumah Uztaz Zainuddin...









Panggilan Pulau....





























Thursday, February 11, 2010

Suami Perlu Tahu.......

Ana baru saja habis baca mesej dalam fb dari rakan ana, Sdr Mashor. Seronok dan ceria ceritanya walaupun sesekali menulis. Cerita pasal usia dan tabiat kerap kencing malam. Menariknya, usia tidak akan menunggu kita walau sedetikpun. Tetap bertambah, bertambah hinggalah kewaktu yang ditetapkan untuk kita berpindah ke alam yang lain. Kencing malam yang sahabat ana katakan mungkin berbeza mengikut usia, ikut kemampuan dan jika sering kecing malam tanpa kawalan, itu tandanya dah jatuh sakit dan pergilah berjumpa doktor atau makan ramuan-ramuan tardisional yang diluluskan.
.
Hari ini hari Khamis. Esok hari Jumaat, penghulu segala hari. Kalau malamnya bisanya disebut dengan malam Jumaat. Biasanya malam Jumaat ni, ana memang akan bermalam di Segamat. Jarang ketikanya, ana dapat bermalam di Melaka kerana ana akan balik menjenguk keluarga biasa pada hari Rabu pertengahan minggu. Malam Jumaat ni adalah malam yang baik dan digalakkan membuat kebajikan. Baik untuk mendekatkan diri kepada pencipta. Maknanya banyak perkara baik patut diisi terutamanya disebelah malam. Bangun malam amatlah digalakkan walaupun dengan apa tujuan sekalipun......
.
Cerita pasal suami, sebelum ni ana pernah menulis atas tajuk yang hampir sama. Kebahagiaan tak semestinya dengan hamparan kemewahan depan mata. Kadang-kadang kebahagiaan terpancar dengan sedikit peranan yang tak seberapa oleh suami. Bukannya apa, nak pesan kat diri ana , juga rakan yang sudi mendengar. Kadang-kadang harta benda melimpah, perang suami isteri tak pernah tamat. Baiknya bila sama-sama ke majlis perkahwinan, kenduri dan sebagainya atau rakan/saudara berkunjung kerumah atau anak yang mengerti ada didepan mata. Bila semuanya tiada, gencatan senjata berubah menjadi perang semula. Tak kiralah, perang dingin atau panas, sama saja.....Cukuplah dengan apa yang ada. Ambil beratlah keluhan isteri. banyakkan berkomunikasi dan berbincang terutama atas realiti hidup suami isteri. Yang paling mudah, ingatlah tarikh lahir isteri, ingatlah tarikh ulangtahun perkahwinan dan kalau boleh tunjukkan juga kita ingat tarikh-tarikh lahir anak-anak kita. raikan mana yang perlu. Dengan cara ini, terserlahlah kita sebagai suami yang bertanggungjawap dan prihatin terhadap keluarga.
.
Kebahagiaan bukan mutlaknya terletak kepada harta benda tetapi kebahagiaan akan kita dapat apabila hidup kita diberkati. Keberkatan akan diperolehi apabila kita memanafaatkan rohani dan jasmani kita, memberi menafaat kepada masyarakat keliling dan yang paling penting, redha dengan ketentuannya...wallalwa'lam






Masjid Jamek Daerah Segamat ...

Thursday, February 4, 2010

Betulkan Tabiat kita!

Diam tak diam, dah masuk bulan ke 2.. 2010. rasanya masa berlalu terlalu cepat hinggakan kadang-kadang kita leka dan lalai terhadap apa yang kita lakukan. Manisnya bila umur meningkat ialah terasa lebih matang dan yakin terhadap tindaktanduk yang dibuat. tak manisnya, perlu diingat setiap detik itu adalah usia yang semakin singkat dan perlukan lebih penghambaan kepada yang maha kuasa.
.
Ana bukan nak berceramah tapi sebagai ingatan kepada pembaca dan rakan semua. Ada antara kita setelah mencapai usia emas tapi masih tercari-cari jalan kehidupan. Ketidakpastian dalam hidup hinggakan tidak dapat nak tentukan apa akan dilakukan untuk hari-hari mendatang. Pokonya, perancangan tidk objektif menyebab pelbagai citarasa membayangi nafsu manusia.
.
Berrbelanja jangan boros. belilah barangan perlu. Kalau nak melancong, ikutlah kemampuan walaupun melawat kejadian dibumi ini dianugerahkan pahala. Kini satu lagi gergasi membelibelah wujud di Melaka. Sebagai anak Melaka, ana cukup berbangga dengan pencapaian dan perkembangan negeri Hang Tuah ni. Tak salah membangunkan negeri, malah ianya dituntut. Tapi, kita sebagai pengguna perlu berhati-hati dalam mengurus kewangan kita. Mudah dicari, takkan mudah pula diselesaikan. Apatah lagi ianya sukar dicari. kita kena betulkan tabiat kita termasuklah diri ana sendiri.
.
'Sakit' dalam keluarga biasanya perpunca dari faktor ekonomi. Ikut kajian yang ana baca, lebih 3 juta rakyat Negara ini mempunyai gangguan mental (sakit jiwalah tu !), cuma kadar sakitnya saja berbeza dan 600,00 darinya dalah golongan kanak-kanak dan remaja. Jadi, kepada ibu bapa, pastikan anak-anak kita mendapat didikan bukannya setakat pelajaran formal, budi pekerti tapi juga hal ehwal kehidupan termasuk hal ehwal kewangan.
.
Ada pepatah menyebut, jika doktor yang melakukan kesilapan..seorang sahaja yang sengsara tapi jika seorang ibu/bapa melakukan kesilapan..7 keturunan akan sengsara.......wallahwa'lam